Sunday, September 13, 2009

Coretan~

Salam..

Sedar tak sedar, tinggal seminggu je lagi nk raya..
Tahun ni, pastinya sambutan raya bagi kami sekeluarga mmg sgt berbeza..dan ia sgt tidak mengujakan saya..terdengar lagu raya yg dipasang kwn2 di ofis saja, sudah sedikit menggigit hati..Syawal ini, pasti airmata ini berguguran lagi..

Kembalinya adik sy ke rahmatullah pada (1 September), 11 ramadhan yg lalu akibat kemalangan jalanraya, merupakan ujian besar bagi kami sekeluarga. Ayah juga masih belum pulih sepenuhnya, kakinya masih bersimen..mak juga masih belum pulih emosinya. Hanya doa yg mampu sy panjatkan semoga mak dan ayah sentiasa tabah dan diberikankan kesihatan yg baik.

Pemergiannya terlalu awal, pada umurnya 20 tahun dia sudah dipanggil utk menghadap Illahi. Kehilangan dia mmg amat kami rasai..abang sudah hilang kembarnya. teman dia bermain, teman bercerita..teman bergaduh. Pernah angah terpanggilkan dia 'bangtih'..dan membuatkan dia terkasima..saya tahu hatinya luluh. Sy juga terusik..mmg pada kami, susah utk menghadapi perpisahan ini..terlalu berat..

Tiada petanda awal, tiada kelakuan aneh..siapa sangka dia akan pergi meninggalkan kami. Sebelum ini arwah bekerja dengan sepupu mak, seorg kontraktor pendawaian elektrik. Tetapi ramadhan ini arwah mengambil keputusan utk berehat, mahu duduk di rumah katanya.. tetapi masih membuat kerja wiring di rumah saudara dan masjid. Alhamdulillah, sepanjang ramadhan tidak pernah arwah meninggalkan solat tarawikh.. Pada hari kejadian juga, dia baru menyelesaikan kerja wiring di masjid, barang2 seperti lampu masjid arwah simpan buat sementara waktu di dalam stor rumah, kerana stor masjid berkunci. Kemuadian selepas solat zohor ayah meminta arwah menghantarnya ke Sri Menanti kerana ingin mengambil cek masjid.

Kejadian berlaku dalam perjalanan pulang, setelah ayah dan arwah membeli juadah untuk berbuka. Mungkin akibat keletihan, arwah tertidur semasa memandu..siapa pun tidak tahu puncanya..ayah juga tertidur di dalam perjalanan, dan hanya sedar apabila sudah ramai org mengerumuni kereta dan cuba menyelamatkannya...Arwah cedera teruk kerana tersepit dan gagal dikeluarkan dari kereta. Tiada sesiapa yg tampil menjadi saksi..Apa pun sudah tertulis ajalnya tiba pada tanggal 1 september 2009..walau apa juga penyebabnya..dia pasti akan meninggalkan kami. sudah takdirnya begitu.. Allah ambil nyawanya di bulan yg mulia, ketika dia perpuasa..Semoga Allah tempatkan Allahyarham Khairul Azmi di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.

Mengimbau kenangan bersama dia, kembali membuatkan hati ini bersedih...hanya doa yang menjadi penghubung kami, tanggungjawab manusia yg masih bernyawa.

Kepada kawan2 yg menghantar SMS, hntr kt facebook.. ucap takziah ari tu...terima kasih sy ucapkan, Sy mohon maaf kerana tiada balasan dr saya..Kepada yg call juga, sy xdpt nk angkat, phone ntah kemana..terima kasih juga kepada kawan2 yg dtg melawat, terima kasih byk2..maaf, xdpt nk cerita byk2..layanan juga tidak seberapa.. korg dpt tgk sy nanges je kan..sy mmg sgt down hari tu..sy xkuat utk hadapi apa yg terjadi. Even sekarang pun, bila org tanya dan diminta utk bercerita, pasti ada getaran dlm suara..pasti ada airmata yg gugur jika sy terkenangkan arwah. sy perlukan masa utk kembali kepada sy yg dulu..

Pada kesempatan ini sy ingin mengambil peluang utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kwn2 semua. Maaf andai ada salah silap saya pada kalian. Kepada yg bercuti awal, selamat bercuti dan selamat pulang berhari-raya di kampung. Drive baik2 yee..

Wassalam.

Tuesday, September 1, 2009

Minyak oh minyak!

Adoyai..
harga minyak naik lagi..
mmg dulu sy xkisah..tp sekarang sy kisah..
dah la ulang alik jauh..
so terima kasih kepada kerajaan Malaysia!
Geram!!